Monday, April 16, 2012

Impian Danny Welbeck semakin hampir menjadi kenyataan.

Danny Welbeck meraikan gol kedua United.
     Impian Danny Welbeck untuk memenangi gelaran Liga Perdana semakin hampir menjadi nyata selepas Manchester United mengenepikan cabaran Aston Villa di Old Trafford.

     United menang 4-0 ke atas Villa, dengan Welbeck menyumbat gol kedua sebelum tamat separuh masa. Pemain 21 tahun itu sangat gembira dapat menjaringkan gol apatah lagi selepas 14 penampilan tanpa gol.

Friday, April 13, 2012

Paul Scholes untuk pasukan England.

     Kepentingan Paul Scholes kepada pasukan Manchester United ditonjolkan selepas kekalahan 1-0 di Wigan, juga masih mampu beraksi buat England, demikian mengikut pandangan rakan sepasukan Phil Jones dan Chris Smalling.

     Ia tiada kebetulan melihat Scholes di tempat duduk penonton ketika kekalahan pertama United dalam 13 perlawanan liga sejak pemain 37 tahun kembali daripada persaraan hujung musim lalu.

     Scholes sekali lagi menjadi tonggak utama di bawah Sir Alex Ferguson, dalam 12 perlawanan liga yang beliau terlibat selepas kembali United berjaya mencatat 34 mata daripada 36.

Thursday, April 12, 2012

Top 5 - Kekalahan mengejut Manchester United dalam perlawanan liga di tempat lawan.

     Kekalahan mengejut Manchester United kepada Wigan semalam membuka harapan baru kepada pencabar terdekat Manchester City dalam usaha mereka menafikan gelaran liga musim ini kekal di Old Trafford. Rekod seratus peratus kemenangan United dalam 14 perlawanan sebelum ini lebur di DW Stadium.

     Pengurus Alex Ferguson mengakui tuan rumah Wigan berhak menang daripada aksi mantap yang dipamerkan. Pasukan beliau yang jauh berada di bawah kemampuan sebenar menurut beliau tidak berhak mendapat apa-apa daripada perlawanan. Kita imbas kekalahan mengejutkan United di gelanggang lawan dalam perlawanan liga.

5. Fulham vs Manchester United 2-0, 21 Mac 2009, Craven Cottage.

      Paul Scholes dan Wayne Rooney dibuang padang, dan harapan gelaran liga Manchester United menerima tamparan hebat di Craven Cottage. Scholes dilayangkan kad merah selepas 18 minit apabila menampan tandukan Bobby Zamora dengan tangannya di garisan gol dan Danny Murphy menyempurnakan sepakan penalti.

Alex Ferguson - Wigan berhak menang.

Nasib berbeza - Alex Ferguson dan Roberto Martinez.
     Sir Alex Ferguson percaya Wigan Athletic berhak menang selepas pasukan the Latics itu merekodkan kemenangan mengejut 1-0 ke atas United semalam.

     United yang beraksi di bawah kemampuan sebenar dan mengecewakan di DW Stadium, di mana gol tunggal separuh masa kedua Shaun Maloney cukup untuk mencatat kemenangan penting kepada pasukan yang bergelut dengan penyingkiran.

Tuesday, April 10, 2012

Mats Daehli - Pemain midfield masa depan Manchester United.

Mats Daehli
     Sungguhpun Paul Pogba dan Ravel Morrison dikatakan pemain midfield masa depan Manchester United, dan mendapat liputan besar daripada media - termasuk yang baik dan buruk - seorang daripadanya iaitu Morrison telah pergi meninggalkan Old Trafford.

     Pemain berbakat datang dan pergi dan seperti kata-kata keramat penyokong United: 'Tiada siapa yang lebih besar daripada Manchester United (Nobody is bigger than Manchester United).

Kematangan Rafael da Silva mula mendapat pujian.

     Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson merasakan pemain bek kanan Rafael mula menunjukkan kematangan sebenar dalam permainannya.

     Pemain Brazil itu cemerlang di Blackburn dan membantu merekodkan perlawanan tanpa bolos menentang QPR Ahad lalu. Beliau berjaya mengatasi kesilapan yang membolehkan Adel Taarabt membuat percubaan yang terkena tiang pada separuh masa kedua sebelum digantikan oleh Phil Jones.

     Selepas belajar menyesuaikan diri dengan Liga Perdana menerusi pengalaman sejak tiba dari Fluminense sebagai remaja, pemain pertahanan itu berkembang menjadi pemain hebat.

Monday, April 9, 2012

Rio Ferdinand yakin pengalaman akan bantu Manchester United menang gelaran liga ke 20.

Ferdinand bersama adiknya Anton.
     Pemain pertahanan 33 tahun itu dalam pada masa yang sama kecewa pasukannya tidak menjaringkan lebih banyak gol ke atas QPR yang bermain 10 pemain, namun memuji Paul Scholes ke atas pengaruh dalam perlawanan.

     Pasukan Sir Alex Ferguson menewaskan QPR 2-0 dan berada lapan mata di depan seteru City, namun kemenangan tersebut diselubungi dengan kontroversi.

     Selepas 15 minit perlawanan Shaun Derry menjatuhkan Ashley Young dalam kotak penalti Rangers dan hasilnya dilayangkan kad merah. Wayne Rooney kemudiannya menyempurnakan sepakan penalti.

Sunday, April 8, 2012

Did you know? - Dennis Bailey jaring hatrik dalam kemenangan tunggal QPR di Old Trafford.

Dennis Bailey dikawal Paul Parker.
     Menjelang pertemuan Manchester United dan Queens Park Rangers Ahad ini kita singkap rekod pertemuan kedua pasukan. Mereka telah bertemu 48 kali dalam semua kejohanan dan United menang 29 daripadanya.

     Rekod liga pula telah mencatat 39 perlawanan setakat ini dengan United menang 23 perlawanan yang mana 15 daripadanya adalah di Old Trafford.

     Apa yang menarik daripada enam kemenangan yang memihak kepada QPR hanya satu berlangsung di Old Trafford. Kita imbas kembali peristiwa lebih 20 tahun lalu.

Friday, April 6, 2012

Ryan Giggs jangka perlawanan sengit daripada anak buah Mark Hughes.

Hughes bersama Ferguson.
     Lagenda Manchester United Mark Hughes akan memberikan tugasan sukar buat pasukan United hujung minggu ini, demikian menurut bekas rakan sepasukan Ryan Giggs.

     Queens Park Rangers adalah kelab keempat datang ke Old Trafford dibawah kendalian Hughes atau nama jolokan beliau Sparky, selepas bersama Blackburn Rovers, Manchester City dan Fulham. Maka, untuk berdepan dengan United mungkin pengalaman baru bagi beberapa pemain QPR, Giggs memberi amaran pengurus mereka memiliki cukup pengalaman untuk menyediakan ancaman kepada tuan rumah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...