Sir Alex Ferguson telah mendedahkan bahawa Rio Ferdinand disahkan cergas menjelang perlawanan penting Isnin ini menentang Blackburn.
Pertahanan tengah itu digantikan menghampiri penghujung perlawanan kemenangan 1-0 ke atas Fulham namun ia hanya langkah berjaga-jaga dan tiada kesan terhadap masalah sakit belakang yang menghantui beliau selama ini.
Dengan Nani belum cukup cergas untuk kembali, pasukan yang akan berkunjung ke Ewood Park hampir pasti tiada perubahan dengan perlawanan sebelum ini dengan Cottagers.
Friday, March 30, 2012
Thursday, March 29, 2012
Bryan Robson - Kenyataan Patrick Vieira menunjukkan tanda-tanda terdesak.
![]() |
| Robson bersama Ferguson. |
Patrick Vieira, sebagai duta kepada Manchester City (selepas hanya bermain 32 perlawanan) melancarkan 'serangan' ke atas Manchester United minggu lalu, menyatakan United begitu terdesak memanggil semula Paul Scholes daripada persaraan dan pada masa yang sama kehilangan pemain muda berbakat besar seperti Ravel Morrison.
Gosip - Nathaniel Clyne bakal menyertai Manchester United?
Pengerusi Crystal Palace Steve Parish mendedahkan bahawa kelabnya masih berharap dapat mengekalkan pemain pertahanan Nathaniel Clyne, namun tidak akan menghalang beliau menyertai Manchester United.
Pasukan Championship itu menaruh harapan agar pemain muda berbakat itu komited dengan Palace namun akur sekiranya beliau memilih untuk berhijrah ke United musim panas ini.
Pasukan Championship itu menaruh harapan agar pemain muda berbakat itu komited dengan Palace namun akur sekiranya beliau memilih untuk berhijrah ke United musim panas ini.
Tuesday, March 27, 2012
Jonny Evans akui Manchester United bernasib baik ketika menentang Fulham.
![]() |
| Jonny Evans dan Wayne Rooney meraikan gol. |
Gol sebelum tamat separuh masa pertama daripada Wayne Rooney membolehkan juara bertahan liga itu berada tiga mata di depan pencabar terdekat Manchester City namun pasukan Sir Alex Ferguson bergelut untuk mencipta penyudah terbaik walaupun menguasai sebahagian besar perlawanan.
Monday, March 26, 2012
Alex Ferguson yakin Rio Ferdinand mampu teruskan karier di Manchester United.
![]() |
| Ferguson dan Ferdinand. |
Bos Old Trafford percaya pertahanan tengah itu masih boleh memberikan yang terbaik kepada kelab dan memuji pengaruh pemain 33 tahun itu dalam bilik persalinan.
Ferdinand membuat 29 penampilan musim ini walaupun mengalami kecederaan belakang dan pengurus Scotland itu percaya Ferdinand masih sebahagian pemain utama dalam pasukannya.
Sunday, March 25, 2012
Saturday, March 24, 2012
Did you know? - Musim 2011/12 punyai persamaan dengan musim 1967/68.
![]() |
| Manchester United musim 1967/68 |
Sebagaimana yang berlaku pada masa itu, kedua pasukan masing-masing mengekori antara satu sama lain menuju ke penghujung musim ini. Kita imbas kembali bagaimana City berjaya muncul juara di depan seteru jiran mereka dengan hanya perbezaan dua mata.
Thursday, March 22, 2012
Alex Ferguson - Nani akan kembali berlatih minggu ini.
Sir Alex Ferguson mendedahkan bahawa pemain sayap Manchester United Nani akan kembali berlatih minggu ini.
Pemain antarabangsa Portugal itu terlepas tiga perlawanan terakhir United akibat masalah kecederaan kaki namun semakin menghampiri untuk kembali ke pasukan utama.
Beliau juga mengesahkan Phil Jones akan kembali ke dalam pasukan United menjelang pertemuan dengan Fulham malam Isnin ini, dengan kebimbangan kecederaan semakin reda menuju saingan sengit penentuan gelaran juara penghujung musim.
Pemain antarabangsa Portugal itu terlepas tiga perlawanan terakhir United akibat masalah kecederaan kaki namun semakin menghampiri untuk kembali ke pasukan utama.
Beliau juga mengesahkan Phil Jones akan kembali ke dalam pasukan United menjelang pertemuan dengan Fulham malam Isnin ini, dengan kebimbangan kecederaan semakin reda menuju saingan sengit penentuan gelaran juara penghujung musim.
Blast from the Past - Persaingan takhta liga musim ini mengulangi saingan 16 tahun dahulu.
![]() |
| Alex Ferguson dan Roberto Mancini |
Manchester United bermula dengan cemerlang, tanpa kalah pada lapan perlawanan pertama termasuk membenam Arsenal di Old Trafford 8-2. Begitu juga City mengekori rapat United hinggalah pertemuan kedua pasukan di Old Trafford di mana tuan rumah dimalukan seteru setempat mereka dengan kekalahan 6-1.
Selepas itu City tidak lagi menoleh ke belakang meneraju liga dengan United di tempat kedua. Kedua pasukan saling cuba mengatasi antara satu sama lain, hinggalah City dikejutkan oleh Swansea apabila tewas tipis 1-0. United dengan kelebihan satu mata menerajui semula liga selepas kali terakhir pada pertengahan Oktober.
Tuesday, March 20, 2012
Alex Ferguson ramal perebutan takhta liga hingga perlawanan terakhir.
Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson menegaskan beliau meramalkan perebutan takhta liga musim ini pastinya sengit dan mungkin ditentukan pada perlawanan terakhir, sungguhpun pasukannya berada selesa empat mata mendahului carta liga.
United membelasah Wolves 5-0 Ahad lalu yang menyaksikan juara bertahan itu menjarakkan diri mereka di depan pencabar terdekat Manchester City, yang akan berdepan Chelsea pada Rabu ini.
United membelasah Wolves 5-0 Ahad lalu yang menyaksikan juara bertahan itu menjarakkan diri mereka di depan pencabar terdekat Manchester City, yang akan berdepan Chelsea pada Rabu ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)








