Patrice Evra berkemungkinan terlepas aksi Manchester United dalam perlawanan Champions League menentang Benfica selepas dijangkiti virus.
Pemain bek kiri itu dikeluarkan pada minit ke 51 ketika United menewaskan Swansea dan akan dilihat semula tahap kecergasan menjelang perlawanan kumpulan C di Old Trafford.
Sekiranya beliau tidak dapat beraksi maka Fabio da Silva, yang menggantikan beliau di Swansea akan mengambil alih posisi bek kiri United.
Monday, November 21, 2011
Ryan Giggs - United perlu bermain dengan lebih baik.
Ryan Giggs mengakui United bermain dibawah kemampuan sebenar ketika menewaskan Swansea 1-0 pada Sabtu lalu sekaligus mencatat kemenangan kelima tanpa bolos.
Pemain midfield veteran itu mencipta gol tunggal perlawanan yang disudahkan oleh Javier Hernandez, namun kecewa kerana United tidak dapat menambah jaringan pada 80 minit seterusnya.
Pemain midfield veteran itu mencipta gol tunggal perlawanan yang disudahkan oleh Javier Hernandez, namun kecewa kerana United tidak dapat menambah jaringan pada 80 minit seterusnya.
Saturday, November 19, 2011
Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Swansea.
Menjelang pertemuan kedua pasukan hujung minggu ini kita lihat top 5 pertemuan klasik United dan Swansea. Kali terakhir Swansea beraksi dalam liga utama ialah musim 1982/83.
5. Swansea vs Manchester United 3-1, 16 Jan 1932, Divisyen Dua, Vetch Field.
United tiba di Swansea dengan rekod tiga kekalahan berturut selepas Krismas termasuk dibelasah 7-0 oleh Wolvehampton Wanderers. Namun United gagal untuk menyekat kemaraan Swansea apabila tewas 3-1 kepada tuan rumah. Gol saguhati United dijaringkan oleh Arthur Warburton (gambar).
Minggu berikutnya sekali lagi United tewas kali ini kepada Tottenham Hotspur di White Hart Lane sebelum menang tipis 3-2 ke atas Nottingham Forest di Old Trafford seminggu selepas itu.

Friday, November 18, 2011
Did you know? - Apa yang perlu anda tahu mengenai Swansea City.
- Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1912.
- Perlawanan profesional pertama ketika seri 1-1 menentang Cardiff City di Vetch Field pada 07 September 1912
- Menjadi sebahagian daripada pasukan dalam Divisyen Tiga yang baru diperkenalkan dalam Football League pada 1920 .
- Bermain di Divisyen Dua pertama kali pada 1925.
Phil Jones - Saya pernah membenci jaringan minit akhir Manchester United.
Ketika mengadakan temubual dengan laman web rasmi Manutd.com, Phil Jones mendedahkan bahawa detik paling digemari dan sentiasa diingatinya bersama United hingga setakat ini adalah kemenangan United ke atas City pada perlawanan Community Shield.
United ketinggalan 2-0 selepas tamat separuh masa pertama namun kembali bangkit untuk menang 3-2, dengan Nani menjaringkan gol kemenangan pada minit keempat masa kecederaan.
Jones mendedahkan sebelum beliau menyertai United, beliau sangat benci dengan kemampuan United menjaringkan gol minit-minit akhir sesuatu perlawanan, namun kini beliau menyukainya.

Gosip - Kelab Russia Anzhi Makhachkala berminat dapatkan Dimitar Berbatov.
![]() |
| Berbatov ketika dibangku simpanan. |
Kelab berbelanja besar Anzhi, yang sebelum ini pada musim panas lalu telah mendapatkan khidmat penyerang Inter Milan Samuel Eto'o, dilaporkan bersedia untuk menawarkan £15 juta untuk pemain Bulgaria ini.
Warren Joyce kekal bersama Manchester United.
![]() |
| Warren Joyce |
Joyce, yang sebelum ini memegang jawatan tersebut antara tahun 1998 dan 2000, dikatakan bakal mengambil alih jawatan pengurus di KC Stadium apabila Nigel Pearson berhijrah ke Leicester City minggu lalu.
Thursday, November 17, 2011
Nicky Butt sasar bidang pengurusan.
![]() |
| Nicky Butt |
Pemain 36 tahun ini bermain dengan kelab Hong Kong, South China tetapi kembali ke England awal tahun ini dan sedang mengikuti kursus asas kejurulatihan.
Ashley Young dan Tom Cleverley bakal kembali beraksi.
![]() |
| Ashley Young dan Tom Cleverley |
Kedua pemain beraksi cemerlang dalam beberapa perlawanan permulaan musim sebelum mengalami kecederaan. Namun mereka akan kembali pada perlawanan Sabtu ini menentang Swansea dengan pasukan Alex Ferguson mahu mengurangkan jurang mata dengan pendahulu liga Manchester City.
Luis Suarez didakwa FA berikutan kata-kata berunsur rasis ke atas Patrice Evra.
Luis Suarez telah didakwa oleh Football Association (FA) dengan penyalahgunaan perkataan berunsur rasis (perkauman) ke atas pertahanan United Patrice Evra.
FA mengumumkan dakwaan dibuat semalam selepas siasatan selama sebulan. Kenyataan rasmi FA menyatakan:
"Pihak FA hari ini membuat pendakwaan ke atas pemain Liverpool Luis Suarez berikutan kejadian yang berlaku ketika perlawanan Liverpool menentang Manchester United di Anfield pada 15 Oktober 2011.

Subscribe to:
Posts (Atom)