Danny Simpson bersedia untuk membuktikan bahawa Sir Alex Ferguson membuat keputusan yang salah dengan membenarkan beliau meninggalkan United.
Pemain bek kanan itu kembali buat kali pertama ke Old Trafford esok sejak dipinjamkan ke Newcastle dua tahun lalu. Beliau menandatangani penjanjian untuk kekal sebagai pemain Toon Army, dengan pasukannya mahu memberi kejutan kepada United.
Friday, November 25, 2011
Tom Cleverley mungkin kembali beraksi lebih awal.
Tom Cleverley bakal memberikan Manchester United berita baik dengan kembali beraksi lebih awal daripada jangkaan asal.
Pengurus United Sir Alex Ferguson sebelum ini memberitahu Cleverley akan diketepikan sehingga Krismas disebabkan kecederaan ligamen buku lali.
Namun menurut laporan pemain midfield itu dijangka cergas lebih awal dan mungkin dapat beraksi dalam masa tiga minggu.

Thursday, November 24, 2011
Sejarah Ulangtahun ke-60 Busby Babes.
![]() |
| Busby Babes sebelum perlawanan menentang Red Star Belgrade 1958 |
Ungkapan Busby Babes pertama kali digunakan dalam media cetak pada tahun 1951. Frank Nicklin, sub-editor di Manchester Evening News mencipta ungkapan itu dalam laporan perlawanan Liverpool dengan Manchester United pada 24 November 1951 yang menyaksikan penampilan pertama dua pemain muda United iaitu Jackie Blanchflower 18 tahun dan Roger Byrne 22 tahun. Selepas itu ungkapan keramat tersebut kekal sebagai rujukan untuk pemain muda berbakat Manchester United, dibangun dan diuruskan oleh Sir Matt bersama pembantunya Jimmy Murphy.
Blast from the Past - Perebutan gelaran liga musim 1995/96 antara Manchester United dan Newcastle United.
![]() |
| Kevin Keegan |
Newcastle yang pada satu ketika mendahului liga dengan 12 mata, akhirnya hanya mampu menjadi naib juara empat di belakang United.
Pasukan bimbingan Keegan memasuki Disember 1995 seakan-akan tidak 'terkejar' oleh mana-mana pasukan lain.
Wayne Rooney "sangat diragukan" kecergasannya untuk berdepan Newcastle.
Wayne Rooney masih diragui tahap kecergasannya menjelang perlawanan liga menentang Newcastle Sabtu ini. Rooney terlepas perlawanan Champions League menentang Benfica yang menyaksikan United hanya mampu seri 2-2. Kecederaan pinggul dialami beliau ketika kemenangan 1-0 United ke atas Swansea.
Menurut sumber penyerang England ini "sangat diragukan" tahap kecergasan beliau untuk mengemudi bahagian serangan berdepan Newcastle di Old Trafford, dengan pasukan Sir Alex Ferguson mahu mengurangkan jurang mata dengan pendahulu liga Manchester City.

Wednesday, November 23, 2011
Blast from the Past - Imbasan rekod United sebelum perlawanan terakhir kumpulan Champions League.
Selepas hanya mampu seri 2-2 dengan Benfica, kini United di tempat kedua kumpulan C di belakang Benfica, juga diekori rapat Basel dengan satu mata. Dengan mengambil kira rekod head-to-head antara pasukan dalam kumpulan yang sama, Benfica adalah pilihan untuk menjuarai kumpulan, manakala United untuk menjadi juara kumpulan perlu mengalahkan Basel dan pada masa sama mengharapkan Otelul Galati mengelak kekalahan di Portugal.
Format satu peringkat kumpulan (32 pasukan) dalam Champions League dimulakan pada musim 2003/04 dengan sebelum itu kejohanan ini menggunakan format kumpulan peringkat kedua (16 pasukan) selepas peringkat pertama. Kita imbas rekod United selepas perlawanan kelima kumpulan dan sejauh mana laluan mereka seterusnya.

Darren Fletcher - Kami kecewa dengan keputusan namun fokus untuk berdepan Basel.
![]() |
| Fletcher meraikan jaringan kedua United. |
Tuesday, November 22, 2011
Alex Ferguson - Kecederaan Rooney tidak serius.
Sir Alex Ferguson menjangkakan Wayne Rooney akan cergas untuk berdepan Benfica di Old Trafford malam ini, sungguhpun beliau terlepas latihan sessi pagi semalam.
Rooney tidak termasuk dalam kelompok 24 pemain yang berlatih di Carrington pagi semalam - kurang 36 jam sebelum perlawanan Champions League kumpulan C - namun pengurus United mengenepikan kebimbangan bahawa penyerang itu mengalami kecederaan serius pada sidang media pra-perlawanan UEFA dan memberi jaminan pemain nombor 10 itu akan beraksi.

Eric Harisson - "Cleverley bakat terbaik selepas Scholes".
![]() |
| Eric Harisson (kiri) bersama Class of 1992 |
Berikutan persaraan Paul Scholes hujung musim lalu, Tom Cleverley telah mengambil peluang untuk menggantikan bekas pemain antarabangsa England itu di bahagian tengah midfield United. Beliau menyinar ketika masuk sebagai pemain gantian pada kemenangan ke atas Manchester City dalam Community Shield.
Walaupun kemunculannya dibayangi oleh beberapa siri kecederaan - terbaru beliau tidak dapat beraksi hingga Krismas - Cleverley masih disebut-sebut untuk mendapat tempat dalam pasukan England di kejohanan Euro 2012.
Blast from the Past - United tersingkir daripada Champions League selepas tewas kepada Benfica.
Manchester United tersingkir daripada Champions League setelah tewas 1-2 kepada Benfica di Stadium of Light, Lisbon. Paul Scholes memberikan United permulaan sempurna dalah usaha melayakkan diri ke peringkat kalah mati menerusi penyudah daripada jarak dekat selepas hanya enam minit.
Namun gol tandukan Geovanni menyamakan kedudukan sebelum Beto merembat bola dari jarak 20 ela untuk gol kedua sejurus sebelum tamat masa pertama. Kekalahan ini bermakna pasukan Sir Alex Ferguson berada di tempat terakhir kumpulan D dan bermakna tidak layak walaupun untuk kejohanan Piala UEFA. Ini merupakan kali pertama United gagal melepasi peringkat kumpulan kejohanan elit bolasepak Eropah untuk 11 tahun.
![]() |
| Ferdinand, Scholes dan Park ketika kalah kepada Benfica. |
Namun gol tandukan Geovanni menyamakan kedudukan sebelum Beto merembat bola dari jarak 20 ela untuk gol kedua sejurus sebelum tamat masa pertama. Kekalahan ini bermakna pasukan Sir Alex Ferguson berada di tempat terakhir kumpulan D dan bermakna tidak layak walaupun untuk kejohanan Piala UEFA. Ini merupakan kali pertama United gagal melepasi peringkat kumpulan kejohanan elit bolasepak Eropah untuk 11 tahun.
Subscribe to:
Posts (Atom)