Monday, January 9, 2012

Manchester United diundi bertemu Liverpool di Anfield pada pusingan keempat Piala FA.


     Manchester United telah diundi bertemu dengan seteru tradisi Liverpool dalam pusingan keempat Piala FA selepas mengenepikan jiran mereka Manchester City. Sejarah dendam kesumat antara United dan  Merseysiders semakin meningkat baru-baru ini berikutan penggantungan lapan perlawanan Luis Suarez atas kesalahan mengeluarkan kata-kata kesat berunsur perkauman terhadap pertahanan United Patrice Evra pada bulan Oktober.

Dua gol jaringan Rooney dan Welbeck singkir penyandang Piala FA Manchester City.

Rooney meraikan gol pertama.
     Manchester United diberikan cabaran hebat namun cukup untuk menewaskan seteru setempat Manchester City 3-2 yang bermain dengan 10 pemain, dan layak ke pusingan keempat Piala FA.

     Tandukan Wayne Rooney memberikan pendahuluan buat pelawat, dan beberapa ketika selepas itu pertahanan City Vincent Kompany dilayangkan kad merah setelah melakukan terjahan dua kaki ke atas Nani.

     Danny Welbeck kemudiannya menambah luka City apabila melakukan volley untuk gol kedua sebelum Rooney menambah gol kedua peribadi dan ketiga United, menyudahkan sepakan penalti yang muntah daripada penjaga gol tuan rumah.

Sunday, January 8, 2012

Blast from the Past - Pelawanan Piala FA antara Manchester United dan Manchester City.

     Manchester United diundi bertemu seteru setempat Manchester City dalam pusingan ketiga Piala FA hujung minggu ini. Sepanjang sejarah ini merupakan kali kesembilan kedua pasukan dipertemukan dalam kejohanan piala kalah mati tertua dunia ini.

     United masih mendahului jiran mereka dengan lima kemenangan dengan kesemuanya di tempat sendiri, manakala City menang baki tiga perlawanan ketika menjadi tuan rumah sekali pada 1955 dan dua lagi perlawanan di gelanggang neutral. Berdasarkan rekod sejarah City memiliki kelebihan ke atas United untuk layak ke pusingan seterusnya.

     United yang kali terakhir mengecap kejayaan Piala FA pada 2004 pastinya mahu menang atau sekurang-kurangnya membawa kepada perlawanan ulangan di Old Trafford, manakala City yang menamatkan kemarau trofi utama dengan memenangi Piala FA Mei lalu pastinya mahu mengekalkan piala tersebut. Kita imbas kesemua lapan perlawanan sebelum ini.

Friday, January 6, 2012

Top 5 - Pemain terbaik yang dibeli Alex Ferguson semasa perpindahan Januari.

     Perpindahan bulan Januari hanya mula diperkenalkan dalam bolasepak England bermula pada musim 2002/03. Sebelum itu pemain boleh berhijrah pada musim panas atau sepanjang musim berlangsung dengan persetujuan kedua kelab terlibat dan FA England.

     Sungguhpun begitu perpindahan Steve Bruce dan Eric Cantona walaupun bukan dalam bulan Januari, namun ia berlaku semasa musim sedang berlangsung dan diambil kira sebagai perpindahan selain musim panas. Kita imbas top 5 pemain terbaik perpindahan Januari yang dilakukan oleh Sir Alex Ferguson.

Gosip - Manchester United berminat dapatkan pemain midfield Chelsea Frank Lampard.


Frank Lampard bersama Giggs dan Ferdinand.
    
     Sir Alex Ferguson sedang menimbangkan untuk melakukan perpindahan sensasi bagi mendapatkan pemain midfield Chelsea Frank Lampard.

     Dengan United yang bergelut dengan kekurangan pemain midfield akibat dibelenggu masalah kecederaan dan bakal berdepan pendahulu liga Manchester City dalam pusingan ketiga Piala FA Ahad ini, Ferguson sedang menimbang untuk mendapatkan pemain yang sentiasa dikaguminya.

     Lampard yang kini berusia 33 tahun, pastinya memerlukan lembaga pengurusan United perlu membenarkan perpindahan pemain yang menerima bayaran melebihi £140,000 seminggu dan tiada nilai jualan semula kepada kelab yang masih di bawah bebanan hutang keluarga Glazer.

Thursday, January 5, 2012

Top 5 - Kekalahan Manchester United dalam dua perlawanan liga berturut-turut dan respon pada perlawanan ketiga.

     Setelah ditewaskan Newcastle United 3-0 dan sebelumnya kalah 3-2 kepada Blackburn di laman sendiri empat hari sebelumnya, ini merupakan kekalahan dua perlawanan liga berturut-turut buat United. Dengan Alex Ferguson menegaskan bahawa United tidak perlu panik dalam perebutan gelaran liga, kita imbas kembali top 5 rekod kekalahan dua perlawanan liga berturut-turut sebelum ini dan kesannya pada penghujung musim.

5. Musim 2010/11.

Chelsea vs Manchester United 2-1, 01 Mac 2011, Stamford Bridge.

Vidic (kiri) dilayang kad merah.
     United dilihat akan menjarakkan empat mata dengan saingan Arsenal selepas Wayne Rooney, memberikan kelebihan kepada pelawat.

     Namun Chelsea dengan Didier Drogba dibangku simpanan sementara Fernando Torres mengemudi serangan, bangkit untuk kembali ke tempat keempat liga. Hanya kemenangan dapat meletakkan semula The Blues dalam landasan perebutan gelaran liga.

     David Luiz menyamakan kedudukan sebelum sepakan penalti kontroversi Frank Lampard mengesahkan tiga mata berharga 10 minit sebelum tamat perlawanan selepas Yuri Zhirkov dijatuhkan Chris Smalling dalam kotak penalti.

Alex Ferguson enggan panik selepas kekalahan kepada Newcastle United.

Andres Lindergaard (kanan) kecewa selepas gol ketiga.
     Sir Alex Ferguson telah menafikan tiba masa untuk panik selepas kekalahan 3-0 Manchester United di Newcastle United sambil menegaskan beliau memiliki pasukan yang mampu bangkit selepas dua kekalahan berturut-turut.

     Penyandang juara Liga Perdana itu ketinggalan selepas jaringan volley Demba Ba dan sepakan percuma menakjubkan daripada Yohan Cabaye sebelum kekecewaan United ditambah dengan gol sendiri pertahanan Phil Jones.

     Ini merupakan kekalahan di tempat lawan pertama United musim ini dan ini menjadikan mereka berkedudukan tiga mata di belakang pendahulu Manchester City, sementara Tottenham juga berpeluang untuk menyamakan pungutan mata dengan pasukan Alex Ferguson sekiranya mereka menang perlawanan di tangan menentang Everton.

Tuesday, January 3, 2012

Alex Ferguson - Wayne Rooney bakal diturunkan menentang Newcastle United.

Rooney menyaksikan perlawanan.
    Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson menyatakan Wayne Rooney bakal disenaraikan dalam pasukan United berdepan Newcastle United malam esok.

     Penyerang itu sebelumnya dilapor digugurkan daripada kesebelasan United yang tewas mengejut 3-2
kepada Blackburn di Old Trafford Sabtu lalu dan dikenakan denda seminggu gaji atas prestasi hambar ketika sessi latihan.

Federico Macheda dipinjamkan kepada Queens Park Rangers.

Macheda dipinjamkan ke QPR.
     Federico Macheda menyertai Queens Park Rangers secara pinjaman hingga penghujung musim ini. Penyerang Itali berusia 20 tahun itu yang hanya membuat enam penampilan pasukan utama buat United musim ini.

     Beliau berharap dapat bermain dengan pasukan utama QPR di bawah kendalian pengurus Neil Warnock dengan kelab barat London itu berazam mahu kekal dalam Liga Perdana musim depan.

     Macheda akan memakai jersi nombor 33 di Loftus Road dan memberitahu laman web rasmi QPR bahawa beliau berazam mahu beraksi cemerlang di sini.

Sunday, January 1, 2012

Phil Jones kecewa dengan kekalahan di tangan Blackburn.

Pemain Blackburn meraikan gol ketiga.
     Phil Jones kecewa dengan kekalahan mengejut kepada Blackburn Sabtu lalu, kerana beliau adalah sebahagian daripada pasukan Rovers yang ditewaskan 7-1 oleh United musim lalu di Old Trafford.

     Bagaimanapun, pertahanan tengah itu menegaskan United akan bangkit daripada kekecewaan tersebut dengan mencari kemenangan di Newcastle Rabu ini. United terlepas peluang memintas Manchester City di persada liga dan Jones jelas kecewa dan tiada siapa perlu disalahkan selain pemain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...