![]() |
| Alex Ferguson bersama keluarga Glazer. |
Wednesday, January 18, 2012
Manchester United mahu jadikan Alex Ferguson pengurus yang menerima gaji termahal di England.
Rio Ferdinand gembira melihat Paul Scholes dan Thierry Henry kembali beraksi dalam Liga Perdana.
![]() |
| Paul Scholes dan Thierry Henry beraksi pada musim 2002/03 |
Keputusan Scholes untuk kembali daripada persaraan merupakan pengumuman sensasi sebelum kemenangan 3-2 United pada pusingan ketiga Piala FA ke atas City, sementara Henry telah menyertai semula Arsenal untuk tempoh sementara dari pasukan MLS New York Red Bulls, malahan menjaringkan gol dalam penampilan semulanya ketika mengalahkan Leeds United 1-0.
Monday, January 16, 2012
Michael Carrick puji sumbangan Paul Scholes.
![]() |
| Michael Carrick meraikan gol ketiga. |
Scholes menjaringkan gol pembukaan ketika permulaan pertamanya dalam Liga Perdana selepas kembali daripada persaraan sebelum jaringan Danny Welbeck dan Carrick sendiri memberikan kemenangan selesa United ke atas pasukan Owen Coyle yang sedang bergelut dengan penyingkiran.
Saturday, January 14, 2012
Darron Gibson sertai Everton dari Manchester United.
Pemain midfield Manchester United Darron Gibson telah bersetuju menyertai Everton dengan kontrak empat setengah tahun dan terus menyatakan keinginan beliau untuk menambah jaringan gol kelab Merseyside itu.
Pemain 24 tahun itu berpindah ke Goodison Park dengan bayaran yang tidak didedahkan, dan menjadi pemain kedua ditandatangani pengurus David Moyes pada perpindahan bulan Januari selepas Landon Donovan berpindah secara pinjaman dari Los Angeles Galaxy.

Did you know? - Pemain Manchester United dan Bolton yang menjaringkan hatrik atau lebih dalam perlawanan antara kedua pasukan.
Menjelang pertemuan Manchester United dengan Bolton hujung minggu ini, kita imbas rekod menarik pertemuan antara keduanya. Tiga pemain United pernah mencatatkan hatrik ke atas Bolton dengan Wayne Rooney melakukannya sebanyak dua kali dalam masa lima tahun. Manakala hanya seorang pemain Bolton iaitu Joe Smith menjaringkan hatrik atau lebih menentang United.
1. Wayne Rooney, 10 Sep 2011, Liga Perdana, Reebok Stadium.
Wayne Rooney menjaringkan hatrik manakala Javier Hernandez dengan dua gol apabila Manchester United mengganas sekaligus mengenepikan cabaran Bolton untuk berada di puncak liga. Penyandang juara liga United berada di depan apabila Hernandez menyudahkan bola di depan pintu gol.
Rooney kemudiannya menyempurnakan hantaran Phil Jones untuk menggandakan jaringan. Penyerang England itu sekali lagi mengambil kesempatan daripada hantaran pertahanan itu untuk menjaringkan gol ketiga.
Hernandez menjaringkan gol keempat sebelum Rooney melengkapkan hatrik beliau hasil gerakan cantik daripada sayap kanan. Kemenangan ini adalah merupakan kemenangan ke 200 Manchester United di tempat lawan dalam sejarah Liga Perdana - kelab pertama mencapai rekod tersebut.
1. Wayne Rooney, 10 Sep 2011, Liga Perdana, Reebok Stadium.
![]() |
| Rooney meraikan hatrik. |
Rooney kemudiannya menyempurnakan hantaran Phil Jones untuk menggandakan jaringan. Penyerang England itu sekali lagi mengambil kesempatan daripada hantaran pertahanan itu untuk menjaringkan gol ketiga.
Hernandez menjaringkan gol keempat sebelum Rooney melengkapkan hatrik beliau hasil gerakan cantik daripada sayap kanan. Kemenangan ini adalah merupakan kemenangan ke 200 Manchester United di tempat lawan dalam sejarah Liga Perdana - kelab pertama mencapai rekod tersebut.
Friday, January 13, 2012
Antonio Valencia gembira gandingan dengan Wayne Rooney menjadi.
Antonio Valencia menyatakan beliau tidak sabar dengan peluang untuk menambah jumlah assists selepas kembali ke posisi kegemaran beliau sebagai sayap kanan di Manchester United.
Pemain antarabangsa Ecuador itu telah mempamerkan aksi serba boleh tatkala United dihantui masalah kecederaan dengan bermain di posisi bek kanan.
Namun sekarang beliau kembali ke posisi asal yang dilihat dapat lebih banyak peluang buat Wayne Rooney menjaringkan gol - ini dibuktikan daripada gol penting pembukaan menentang Manchester City, dengan Valencia membuat hantaran untuk ditanduk masuk Rooney.
![]() |
| Valencia dan Rooney. |

Thursday, January 12, 2012
Pertemuan Manchester United dan Liverpool dalam pusingan keempat Piala FA telah ditetapkan.
![]() |
| Imbasan Akhir Piala FA 1996 - Roy Keane dan Robbie Fowler. |
Gosip - Manchester United bersedia lepaskan Darron Gibson.
Pemain midfield Manchester United Darron Gibson dilaporkan menjadi sasaran £2.5 juta daripada Everton.
Pengurus Sir Alex Ferguson telah memberitahu Gibson bahawa beliau boleh meninggalkan United, malah difahamkan telahpun mengadakan perbincangan awal dengan kelab Goodison Park.
Pemain Republik Ireland itu dikatakan akan meninggalkan United untuk menyertai Sundeland musim panas lalu, namun perpindahan tersebut gagal mencapai persetujuan melibatkan terma peribadi.

Tuesday, January 10, 2012
Trio Manchester United terima anugerah FIFA.
![]() |
| Sir Alex Ferguson menerima penganugerahan daripada Sepp Blatter. |
Monday, January 9, 2012
Paul Scholes kembali daripada persaraan untuk memperkukuhkan Manchester United.
![]() |
| Paul Scholes ketika sesi memanas badan. |
Scholes bermain selama 35 minit selepas mendapat persetujuan pengurus Sir Alex Ferguson membenarkan beliau kembali daripada persaraan dan bemain hingga hujung musim.
Pemain 37 tahun itu telah terlibat dengan latihan pasukan utama dalam minggu-minggu terakhir ini namun rakan sepasukan menganggap itu hanyalah sebahagian daripada tugasan beliau - bersama pasukan remaja - untuk mencukupkan pasukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)