Menjelang pertemuan Manchester United dan seteru tradisi Liverpool hujung minggu ini, kita imbas rekod menarik perlawanan kedua pasukan. Dalam 157 perlawanan liga setakat ini United mencatat 60 kemenangan dengan 38 daripadanya di Old Trafford.
United juga menjaringkan 130 gol dan hanya bolos 72 daripada 78 perlawanan di tempat sendiri. Kita lihat top 5 kemenangan penting dan bermakna buat United dalam perlawanan liga ke atas lawan dari Merseyside itu di Old Trafford.
Saturday, February 11, 2012
Friday, February 10, 2012
Tom Cleverley mungkin diturunkan menentang Liverpool.
Tom Cleverley bakal disenaraikan dalam pasukan Manchester United untuk perlawanan liga menentang Liverpool Sabtu ini, sekiranya beliau tidak mengalami apa-apa kecederaan pada perlawanan pasukan simpanan.
Pemain 22 tahun itu tidak dapat beraksi buat pasukan Sir Alex Ferguson sejak mendapat kecederaan buku lali pada hujung Oktober lalu, namun mungkin disenarai sebagai pemain simpanan pada perlawanan di Old Trafford

Thursday, February 9, 2012
Top 5 - Gol jaringan Park Ji Sung dalam perlawanan besar.
Park Ji Sung sering kali dilabel media dan penyokong Manchester United sebagai pemain untuk perlawanan besar. Setelah mencatat penampilan ke 200 beliau bersama United pada pertemuan dengan dengan Chelsea Ahad lalu, kita imbas top 5 jaringan beliau dalam perlawanan besar.
5. Chelsea vs Manchester United 1-1, 21 Sep 2008, Liga Perdana, Stamford Bridge.
Gol penyamaan lewat permainan Salomon Kalou mengekalkan rekod tanpa kalah Chelsea di laman sendiri dan mendapat satu mata berharga menentang Manchester United.
Park Ji-Sung meletakkan United di depan selepas 18 minit selepas penjaga gol Petr Cech gagal menangkap kemas cubaan Dimitar Berbatov.
United kehilangan khidmat penjaga gol Edwin van der Sar disebabkan kecederaan pada separuh masa pertama dan ini diambil kesempatan oleh Chelsea menguasai perlawanan.
Joe Cole dan Nicolas Anelka mensia-siakan beberapa peluang sebelum pemain gantian Kalou menanduk masuk gol penyamaan 10 minit sebelum tamat perlawanan.

Park Ji Sung mahu teruskan kecemerlangan di Manchester United.
Park Ji Sung telah menyatakan rasa bangga beliau selepas bermain buat kali ke 200 untuk Manchester United ketika perlawanan dramatik di Chelsea, namun pemain Korea itu menegaskan beliau tetap fokus untuk mencapai lebih banyak kejayaan.
Kemasukan Park sebagai pemain gantian pada minit ke 86 di Stamford Bridge mengesahkan satu lagi rekod buat pemain Asia itu dengan United bangkit untuk mendapatkan satu mata berharga selepas pada satu ketika ketinggalan dengan 3-0.

Wednesday, February 8, 2012
Dimitar Berbatov mahu lebih masa bermain.

Dimitar Berbatov dijangka kekal di Manchester United melangkaui musim ini namun mengulangi rasa tidak puas hati dengan kurangnya peluang beraksi di Old Trafford.
Pemain 31 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan bulan Januari lalu namun tiada perjanjian dimeterai dan sekarang dijangka United akan mengaktifkan lanjutan kontrak setahun - klausa yang disertakan semasa beliau menandatangani perjanjian perpindahan daripada Tottenham ke United pada 2008.
Tuesday, January 31, 2012
Did you know? - Empat pemain Manchester United membuat penampilan pertama menentang Stoke.
Menjelang pertemuan Manchester United dan Stoke City awal pagi ini kita imbas rekod menarik kedua pasukan. Hanya empat pemain membuat penampilan pertama buat United ketika menentang Stoke. Sementara itu terdapat dua pemain berjaya mencatat hatrik atau lebih ketika kedua pasukan bertemu.
PENAMPILAN PERTAMA.
1. Joe Cassidy, 31 Mac 1893, Liga Divisyen Satu, North Road.
Dengan masih menggunakan nama Newton Heath, musim ini mereka bergelut dalam saingan liga dengan hanya mencatatkan satu kemenangan daripada 10 perlawanan pertama liga, iaitu ketika membelasah Wolves 10-1 di laman sendiri. Joe Cassidy yang berpindah daripada Blythe ke Newton Heath diturunkan pada empat perlawanan terakhir liga bermula dengan pertemuan dengan Stoke City di North Road. Perlawanan berakhir dengan keputusan 1-0 memihak tuan rumah.
Pada penghujung musim Newton Heath berada di kedudukan tercorot liga dan disebabkan tiada sistem penyingkiran pasukan seperti sekarang, Test Match diadakan antara pasukan terbawah Divisyen Satu dengan pasukan teratas Divisyen Dua. Newton Heath bertemu Birmingham City dalam perlawanan tersebut dan selepas seri 1-1 pada perlawanan pertama, Newton Heath menang 5-2 pada perlawanan kedua dengan Cassidy menyumbang satu gol.

Monday, January 30, 2012
Tom Cleverley penting buat pasukan Manchester United.
![]() |
| Cleverley cedera di Goodison Park |
Pemain midfield itu bermula dengan cemerlang awal musim ini dengan beberapa aksi membanggakan namun tidak dapat meneruskan aksi sejak mengalami kecederaan ligamen buku lali pada 29 Oktober di Goodison Park.
Walaupun Ferguson memaklumkan Cleverley belum bersedia diturunkan buat masa terdekat ini, namun pemain 22 tahun itu menunjukkan kemajuan dalam proses pemulihan.
Sunday, January 22, 2012
Top 5 - Kemenangan klasik Manchester United di gelanggang Arsenal.
Menjelang pertemuan Manchester United dan Arsenal hujung minggu ini kita imbas rekod kemenangan United di laman The Gunners dalam perlawanan liga. Dalam sejarah liga, kedua pasukan telah bertemu sebanyak 92 kali di gelanggang Arsenal, bermula di Manor Field dari tahun 1894 hingga 1913, diikuti di Highbury dari tahun 1913 hingga 2006 dan terkini di Emirates Stadium.
United mencatatkan 23 kemenangan dan 52 kekalahan, manakala baki 17 perlawanan berakhir dengan keputusan seri, juga melibatkan 108 gol dijaringkan manakala 179 gol bolos. Kita imbas top 5 kemenangan klasik perlawanan liga United di gelanggang Arsenal .

Saturday, January 21, 2012
Did you know? - Wayne Rooney adalah penjaring terbanyak Manchester United menentang Arsenal.
Menjelang pertemuan Manchester United dan Arsenal hujung minggu ini, tahukah anda dalam sejarah Liga Perdana, Wayne Rooney adalah pemain United yang paling banyak menjaringkan gol ke atas Arsenal dengan 10 gol. Ini diikuti rapat oleh bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo dengan enam gol.
Ryan Giggs yang menjaringkan gol terhebat Piala FA ketika perlawanan ulangan separuh akhir 1999 hanya menyumbang jumlah dua gol. Kita imbas kesemua sepuluh gol yang beliau jaringkan ketika bersama United.

Friday, January 20, 2012
Nani dedahkan beliau tidak terlepas daripada 'hairdryer treatment' Sir Alex Ferguson.
![]() |
| Nani bersama Sir Alex Ferguson. |
Pemain sayap Portugal itu mempunyai peranan besar sebagai pengganti rakan senegara Cristiano Ronaldo yang berhijrah ke Real Madrid dan tahu Sir Alex mahukan yang lebih baik daripada beliau.
Subscribe to:
Posts (Atom)