Thursday, August 30, 2012
Wayne Rooney nafi mahu tinggalkan Manchester United.
Penyerang Manchester United Wayne Rooney menafikan laporan yang mengatakan beliau mahu meninggalkan kelab, dan melabelnya sebagai 'karut'.
Pemain England itu sekaligus mengenepikan spekulasi yang mengaitkan beliau dengan perpindahan musim panas ini selepas ketibaan Robin van Persie di Old Trafford.
Wednesday, August 29, 2012
Rio Ferdinand mungkin terpaksa menunggu dua minggu lagi untuk kembali.
Rio Ferdinand terpaksa diketepikan sehingga selepas perlawanan antarabangsa sekaligus menambahkan lagi masalah di benteng pertahanan Manchester United.
Tuesday, August 28, 2012
Top 5 - Pemain Belanda yang pernah bermain dengan Manchester United.
Robin van Persie melengkapkan perpindahan dari Arsenal ke Manchester United 15 Ogos lalu. Beliau bukanlah pemain Belanda tunggal yang pernah beraksi di Old Trafford. Kita lihat top 5 pemain-pemain Belanda yang pernah menyarung jersi Manchester United.
5. Arnold Muhren (1982-1985)
Selepas menjulang Piala UEFA dengan Ipswich Town pada 1981, Muhren kemudiannya menikmati kejayaan Piala FA bersama Manchester United dua tahun kemudian. Old Trafford adalah tempat di mana pemain Belanda ini menjadi bintang sebelum ramai mengenali Eric Cantona. Selepas United menewaskan Everton pada akhir Piala FA 1985 - yang mana Muhren tidak tersenarai dalam pasukan utama - beliau meninggalkan United untuk menyertai Ajax.
Sunday, August 26, 2012
Robin Van Persie - Saya rasa selesa di Manchester United.
Penyerang baru Manchester United Robin van Persie menjaringkan gol hebat ketika membuat penampilan di hadapan penyokong sendiri pada kemenangan 3-2 United di Old Trafford.
Penyerang Belanda itu yang menjaringkan gol penyamaan selepas pemain midfield pelawat Damien Duff mengejutkan para penyokong United dengan gol awal perlawanan, menegaskan beliau sangat selesa di United.

Thursday, August 16, 2012
Robin van Persie bersetuju dengan perpindahan ke Manchester United.
![]() |
| Gandingan berbisa musim depan. |
Penyerang Belanda itu akan terbang dari Brussels ke Manchester selepas bersama pasukan kebangsaan yang berdepan Belgium untuk perlawanan persahabatan, dan akan mengadakan ujian perubatan sebelum menandatangani perjanjian £200,000 seminggu.
Thursday, July 12, 2012
Nemanja Vidic akan kembali dalam perlawanan persahabatan di Scandinavia.
Nemanja Vidic bakal kembali selepas lebih separuh musim diketepikan akibat kecederaan pada perlawanan persahabatan pra-musim Manchester United di Scandinivia.
Pertahanan itu terlepas aksi sejak Disember selepas mengalami kecederaan ligamen lutut pada perlawanan Champions League menentang Basel di Switzerland.
Pertahanan itu terlepas aksi sejak Disember selepas mengalami kecederaan ligamen lutut pada perlawanan Champions League menentang Basel di Switzerland.
Tuesday, July 10, 2012
Park Ji Sung sertai Queens Park Rangers secara rasmi.
Manchester United akhirnya mengesahkan pemain midfield Park Ji-Sung secara rasmi menyertai kelab London Queens Park Rangers (QPR).
Tiga hari sebelumnya, gambar Park digantikan dengan Wayne Rooney dalam material promosi jelajah pra-musim, mengesahkan lagi perpindahan beliau adalah benar.
Tiga hari sebelumnya, gambar Park digantikan dengan Wayne Rooney dalam material promosi jelajah pra-musim, mengesahkan lagi perpindahan beliau adalah benar.
Sunday, July 8, 2012
Alex Ferguson akui tidak pasti mengenai masa depan Darren Fletcher.
Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson kekal berharap akan kembalinya Darren Fletcher beraksi, namun mengakui pemain midfield itu berdepan cabaran sukar.
Pemain antarabangsa Scotland itu tidak dapat beraksi selepas disahkan mengidap penyakit usus kronik pada Disember 2011 dan masih belum ditentukan tarikh beliau dijangka kembali beraksi.
Pemain antarabangsa Scotland itu tidak dapat beraksi selepas disahkan mengidap penyakit usus kronik pada Disember 2011 dan masih belum ditentukan tarikh beliau dijangka kembali beraksi.
Wednesday, July 4, 2012
Antonio Valencia diberikan jersi nombor 7 untuk musim 2012/13.
Pemain sayap Manchester United Antonio Valencia telah diberikan jersi ikon nombor 7 menjelang musim 2012/13. Beliau yang juga pemain antarabangsa Ecuador memikul tanggungjawab besar yang bersama nombor keramat itu yang sebelum ini dipakai oleh barisan lagenda United seperti David Beckham, George Best, Eric Cantona, Bryan Robson dan Cristiano Ronaldo.
Tuesday, July 3, 2012
Fabio dipinjamkan ke Queens Park Rangers sepanjang musim depan.
Pertahanan Manchester United Fabio da Silva akan menghabiskan musim depan di Queens Park Rangers selepas menandatangani perjanjian secara pinjaman untuk satu musim.
Pemain muda Brazil itu yang boleh bermain di mana-mana posisi bek telah membuat 53 penampilan dengan United namun jarang berada dalam kesebelasan utama.
Pemain 21 tahun itu tiba di Old Trafford bersama kembarnya Rafael pada 2008 dari kelab Fluminense, kini berpeluang untuk beraksi dengan lebih kerap dan konsisten di Loftus Road.

Subscribe to:
Posts (Atom)