Menjelang pertemuan Manchester United dan Stoke City awal pagi ini kita imbas rekod menarik kedua pasukan. Hanya empat pemain membuat penampilan pertama buat United ketika menentang Stoke. Sementara itu terdapat dua pemain berjaya mencatat hatrik atau lebih ketika kedua pasukan bertemu.
PENAMPILAN PERTAMA.
1. Joe Cassidy, 31 Mac 1893, Liga Divisyen Satu, North Road.
Dengan masih menggunakan nama Newton Heath, musim ini mereka bergelut dalam saingan liga dengan hanya mencatatkan satu kemenangan daripada 10 perlawanan pertama liga, iaitu ketika membelasah Wolves 10-1 di laman sendiri. Joe Cassidy yang berpindah daripada Blythe ke Newton Heath diturunkan pada empat perlawanan terakhir liga bermula dengan pertemuan dengan Stoke City di North Road. Perlawanan berakhir dengan keputusan 1-0 memihak tuan rumah.
Pada penghujung musim Newton Heath berada di kedudukan tercorot liga dan disebabkan tiada sistem penyingkiran pasukan seperti sekarang, Test Match diadakan antara pasukan terbawah Divisyen Satu dengan pasukan teratas Divisyen Dua. Newton Heath bertemu Birmingham City dalam perlawanan tersebut dan selepas seri 1-1 pada perlawanan pertama, Newton Heath menang 5-2 pada perlawanan kedua dengan Cassidy menyumbang satu gol.
Tuesday, January 31, 2012
Monday, January 30, 2012
Tom Cleverley penting buat pasukan Manchester United.
![]() |
Cleverley cedera di Goodison Park |
Pemain midfield itu bermula dengan cemerlang awal musim ini dengan beberapa aksi membanggakan namun tidak dapat meneruskan aksi sejak mengalami kecederaan ligamen buku lali pada 29 Oktober di Goodison Park.
Walaupun Ferguson memaklumkan Cleverley belum bersedia diturunkan buat masa terdekat ini, namun pemain 22 tahun itu menunjukkan kemajuan dalam proses pemulihan.
Sunday, January 22, 2012
Top 5 - Kemenangan klasik Manchester United di gelanggang Arsenal.
Menjelang pertemuan Manchester United dan Arsenal hujung minggu ini kita imbas rekod kemenangan United di laman The Gunners dalam perlawanan liga. Dalam sejarah liga, kedua pasukan telah bertemu sebanyak 92 kali di gelanggang Arsenal, bermula di Manor Field dari tahun 1894 hingga 1913, diikuti di Highbury dari tahun 1913 hingga 2006 dan terkini di Emirates Stadium.
United mencatatkan 23 kemenangan dan 52 kekalahan, manakala baki 17 perlawanan berakhir dengan keputusan seri, juga melibatkan 108 gol dijaringkan manakala 179 gol bolos. Kita imbas top 5 kemenangan klasik perlawanan liga United di gelanggang Arsenal .

Saturday, January 21, 2012
Did you know? - Wayne Rooney adalah penjaring terbanyak Manchester United menentang Arsenal.
Menjelang pertemuan Manchester United dan Arsenal hujung minggu ini, tahukah anda dalam sejarah Liga Perdana, Wayne Rooney adalah pemain United yang paling banyak menjaringkan gol ke atas Arsenal dengan 10 gol. Ini diikuti rapat oleh bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo dengan enam gol.
Ryan Giggs yang menjaringkan gol terhebat Piala FA ketika perlawanan ulangan separuh akhir 1999 hanya menyumbang jumlah dua gol. Kita imbas kesemua sepuluh gol yang beliau jaringkan ketika bersama United.

Friday, January 20, 2012
Nani dedahkan beliau tidak terlepas daripada 'hairdryer treatment' Sir Alex Ferguson.
![]() |
Nani bersama Sir Alex Ferguson. |
Pemain sayap Portugal itu mempunyai peranan besar sebagai pengganti rakan senegara Cristiano Ronaldo yang berhijrah ke Real Madrid dan tahu Sir Alex mahukan yang lebih baik daripada beliau.
Wednesday, January 18, 2012
Manchester United mahu jadikan Alex Ferguson pengurus yang menerima gaji termahal di England.
![]() |
Alex Ferguson bersama keluarga Glazer. |
Rio Ferdinand gembira melihat Paul Scholes dan Thierry Henry kembali beraksi dalam Liga Perdana.
![]() |
Paul Scholes dan Thierry Henry beraksi pada musim 2002/03 |
Keputusan Scholes untuk kembali daripada persaraan merupakan pengumuman sensasi sebelum kemenangan 3-2 United pada pusingan ketiga Piala FA ke atas City, sementara Henry telah menyertai semula Arsenal untuk tempoh sementara dari pasukan MLS New York Red Bulls, malahan menjaringkan gol dalam penampilan semulanya ketika mengalahkan Leeds United 1-0.
Monday, January 16, 2012
Michael Carrick puji sumbangan Paul Scholes.
![]() |
Michael Carrick meraikan gol ketiga. |
Scholes menjaringkan gol pembukaan ketika permulaan pertamanya dalam Liga Perdana selepas kembali daripada persaraan sebelum jaringan Danny Welbeck dan Carrick sendiri memberikan kemenangan selesa United ke atas pasukan Owen Coyle yang sedang bergelut dengan penyingkiran.
Saturday, January 14, 2012
Darron Gibson sertai Everton dari Manchester United.
Pemain midfield Manchester United Darron Gibson telah bersetuju menyertai Everton dengan kontrak empat setengah tahun dan terus menyatakan keinginan beliau untuk menambah jaringan gol kelab Merseyside itu.
Pemain 24 tahun itu berpindah ke Goodison Park dengan bayaran yang tidak didedahkan, dan menjadi pemain kedua ditandatangani pengurus David Moyes pada perpindahan bulan Januari selepas Landon Donovan berpindah secara pinjaman dari Los Angeles Galaxy.

Did you know? - Pemain Manchester United dan Bolton yang menjaringkan hatrik atau lebih dalam perlawanan antara kedua pasukan.
Menjelang pertemuan Manchester United dengan Bolton hujung minggu ini, kita imbas rekod menarik pertemuan antara keduanya. Tiga pemain United pernah mencatatkan hatrik ke atas Bolton dengan Wayne Rooney melakukannya sebanyak dua kali dalam masa lima tahun. Manakala hanya seorang pemain Bolton iaitu Joe Smith menjaringkan hatrik atau lebih menentang United.
1. Wayne Rooney, 10 Sep 2011, Liga Perdana, Reebok Stadium.
Wayne Rooney menjaringkan hatrik manakala Javier Hernandez dengan dua gol apabila Manchester United mengganas sekaligus mengenepikan cabaran Bolton untuk berada di puncak liga. Penyandang juara liga United berada di depan apabila Hernandez menyudahkan bola di depan pintu gol.
Rooney kemudiannya menyempurnakan hantaran Phil Jones untuk menggandakan jaringan. Penyerang England itu sekali lagi mengambil kesempatan daripada hantaran pertahanan itu untuk menjaringkan gol ketiga.
Hernandez menjaringkan gol keempat sebelum Rooney melengkapkan hatrik beliau hasil gerakan cantik daripada sayap kanan. Kemenangan ini adalah merupakan kemenangan ke 200 Manchester United di tempat lawan dalam sejarah Liga Perdana - kelab pertama mencapai rekod tersebut.
1. Wayne Rooney, 10 Sep 2011, Liga Perdana, Reebok Stadium.
![]() |
Rooney meraikan hatrik. |
Rooney kemudiannya menyempurnakan hantaran Phil Jones untuk menggandakan jaringan. Penyerang England itu sekali lagi mengambil kesempatan daripada hantaran pertahanan itu untuk menjaringkan gol ketiga.
Hernandez menjaringkan gol keempat sebelum Rooney melengkapkan hatrik beliau hasil gerakan cantik daripada sayap kanan. Kemenangan ini adalah merupakan kemenangan ke 200 Manchester United di tempat lawan dalam sejarah Liga Perdana - kelab pertama mencapai rekod tersebut.
Friday, January 13, 2012
Antonio Valencia gembira gandingan dengan Wayne Rooney menjadi.
Antonio Valencia menyatakan beliau tidak sabar dengan peluang untuk menambah jumlah assists selepas kembali ke posisi kegemaran beliau sebagai sayap kanan di Manchester United.
Pemain antarabangsa Ecuador itu telah mempamerkan aksi serba boleh tatkala United dihantui masalah kecederaan dengan bermain di posisi bek kanan.
Namun sekarang beliau kembali ke posisi asal yang dilihat dapat lebih banyak peluang buat Wayne Rooney menjaringkan gol - ini dibuktikan daripada gol penting pembukaan menentang Manchester City, dengan Valencia membuat hantaran untuk ditanduk masuk Rooney.
![]() |
Valencia dan Rooney. |

Thursday, January 12, 2012
Pertemuan Manchester United dan Liverpool dalam pusingan keempat Piala FA telah ditetapkan.
![]() |
Imbasan Akhir Piala FA 1996 - Roy Keane dan Robbie Fowler. |
Gosip - Manchester United bersedia lepaskan Darron Gibson.
Pemain midfield Manchester United Darron Gibson dilaporkan menjadi sasaran £2.5 juta daripada Everton.
Pengurus Sir Alex Ferguson telah memberitahu Gibson bahawa beliau boleh meninggalkan United, malah difahamkan telahpun mengadakan perbincangan awal dengan kelab Goodison Park.
Pemain Republik Ireland itu dikatakan akan meninggalkan United untuk menyertai Sundeland musim panas lalu, namun perpindahan tersebut gagal mencapai persetujuan melibatkan terma peribadi.

Tuesday, January 10, 2012
Trio Manchester United terima anugerah FIFA.
![]() |
Sir Alex Ferguson menerima penganugerahan daripada Sepp Blatter. |
Monday, January 9, 2012
Paul Scholes kembali daripada persaraan untuk memperkukuhkan Manchester United.
![]() |
Paul Scholes ketika sesi memanas badan. |
Scholes bermain selama 35 minit selepas mendapat persetujuan pengurus Sir Alex Ferguson membenarkan beliau kembali daripada persaraan dan bemain hingga hujung musim.
Pemain 37 tahun itu telah terlibat dengan latihan pasukan utama dalam minggu-minggu terakhir ini namun rakan sepasukan menganggap itu hanyalah sebahagian daripada tugasan beliau - bersama pasukan remaja - untuk mencukupkan pasukan.
Manchester United diundi bertemu Liverpool di Anfield pada pusingan keempat Piala FA.
Dua gol jaringan Rooney dan Welbeck singkir penyandang Piala FA Manchester City.
![]() |
Rooney meraikan gol pertama. |
Tandukan Wayne Rooney memberikan pendahuluan buat pelawat, dan beberapa ketika selepas itu pertahanan City Vincent Kompany dilayangkan kad merah setelah melakukan terjahan dua kaki ke atas Nani.
Danny Welbeck kemudiannya menambah luka City apabila melakukan volley untuk gol kedua sebelum Rooney menambah gol kedua peribadi dan ketiga United, menyudahkan sepakan penalti yang muntah daripada penjaga gol tuan rumah.
Sunday, January 8, 2012
Blast from the Past - Pelawanan Piala FA antara Manchester United dan Manchester City.
Manchester United diundi bertemu seteru setempat Manchester City dalam pusingan ketiga Piala FA hujung minggu ini. Sepanjang sejarah ini merupakan kali kesembilan kedua pasukan dipertemukan dalam kejohanan piala kalah mati tertua dunia ini.
United masih mendahului jiran mereka dengan lima kemenangan dengan kesemuanya di tempat sendiri, manakala City menang baki tiga perlawanan ketika menjadi tuan rumah sekali pada 1955 dan dua lagi perlawanan di gelanggang neutral. Berdasarkan rekod sejarah City memiliki kelebihan ke atas United untuk layak ke pusingan seterusnya.
United yang kali terakhir mengecap kejayaan Piala FA pada 2004 pastinya mahu menang atau sekurang-kurangnya membawa kepada perlawanan ulangan di Old Trafford, manakala City yang menamatkan kemarau trofi utama dengan memenangi Piala FA Mei lalu pastinya mahu mengekalkan piala tersebut. Kita imbas kesemua lapan perlawanan sebelum ini.

Friday, January 6, 2012
Top 5 - Pemain terbaik yang dibeli Alex Ferguson semasa perpindahan Januari.
Perpindahan bulan Januari hanya mula diperkenalkan dalam bolasepak England bermula pada musim 2002/03. Sebelum itu pemain boleh berhijrah pada musim panas atau sepanjang musim berlangsung dengan persetujuan kedua kelab terlibat dan FA England.
Sungguhpun begitu perpindahan Steve Bruce dan Eric Cantona walaupun bukan dalam bulan Januari, namun ia berlaku semasa musim sedang berlangsung dan diambil kira sebagai perpindahan selain musim panas. Kita imbas top 5 pemain terbaik perpindahan Januari yang dilakukan oleh Sir Alex Ferguson.

Gosip - Manchester United berminat dapatkan pemain midfield Chelsea Frank Lampard.
Sir Alex Ferguson sedang menimbangkan untuk melakukan perpindahan sensasi bagi mendapatkan pemain midfield Chelsea Frank Lampard.
Dengan United yang bergelut dengan kekurangan pemain midfield akibat dibelenggu masalah kecederaan dan bakal berdepan pendahulu liga Manchester City dalam pusingan ketiga Piala FA Ahad ini, Ferguson sedang menimbang untuk mendapatkan pemain yang sentiasa dikaguminya.
Lampard yang kini berusia 33 tahun, pastinya memerlukan lembaga pengurusan United perlu membenarkan perpindahan pemain yang menerima bayaran melebihi £140,000 seminggu dan tiada nilai jualan semula kepada kelab yang masih di bawah bebanan hutang keluarga Glazer.
![]() |
Frank Lampard bersama Giggs dan Ferdinand. |

Thursday, January 5, 2012
Top 5 - Kekalahan Manchester United dalam dua perlawanan liga berturut-turut dan respon pada perlawanan ketiga.
Setelah ditewaskan Newcastle United 3-0 dan sebelumnya kalah 3-2 kepada Blackburn di laman sendiri empat hari sebelumnya, ini merupakan kekalahan dua perlawanan liga berturut-turut buat United. Dengan Alex Ferguson menegaskan bahawa United tidak perlu panik dalam perebutan gelaran liga, kita imbas kembali top 5 rekod kekalahan dua perlawanan liga berturut-turut sebelum ini dan kesannya pada penghujung musim.
5. Musim 2010/11.
Chelsea vs Manchester United 2-1, 01 Mac 2011, Stamford Bridge.
United dilihat akan menjarakkan empat mata dengan saingan Arsenal selepas Wayne Rooney, memberikan kelebihan kepada pelawat.
Namun Chelsea dengan Didier Drogba dibangku simpanan sementara Fernando Torres mengemudi serangan, bangkit untuk kembali ke tempat keempat liga. Hanya kemenangan dapat meletakkan semula The Blues dalam landasan perebutan gelaran liga.
David Luiz menyamakan kedudukan sebelum sepakan penalti kontroversi Frank Lampard mengesahkan tiga mata berharga 10 minit sebelum tamat perlawanan selepas Yuri Zhirkov dijatuhkan Chris Smalling dalam kotak penalti.
5. Musim 2010/11.
Chelsea vs Manchester United 2-1, 01 Mac 2011, Stamford Bridge.
![]() |
Vidic (kiri) dilayang kad merah. |
Namun Chelsea dengan Didier Drogba dibangku simpanan sementara Fernando Torres mengemudi serangan, bangkit untuk kembali ke tempat keempat liga. Hanya kemenangan dapat meletakkan semula The Blues dalam landasan perebutan gelaran liga.
David Luiz menyamakan kedudukan sebelum sepakan penalti kontroversi Frank Lampard mengesahkan tiga mata berharga 10 minit sebelum tamat perlawanan selepas Yuri Zhirkov dijatuhkan Chris Smalling dalam kotak penalti.
Alex Ferguson enggan panik selepas kekalahan kepada Newcastle United.
![]() |
Andres Lindergaard (kanan) kecewa selepas gol ketiga. |
Penyandang juara Liga Perdana itu ketinggalan selepas jaringan volley Demba Ba dan sepakan percuma menakjubkan daripada Yohan Cabaye sebelum kekecewaan United ditambah dengan gol sendiri pertahanan Phil Jones.
Ini merupakan kekalahan di tempat lawan pertama United musim ini dan ini menjadikan mereka berkedudukan tiga mata di belakang pendahulu Manchester City, sementara Tottenham juga berpeluang untuk menyamakan pungutan mata dengan pasukan Alex Ferguson sekiranya mereka menang perlawanan di tangan menentang Everton.
Tuesday, January 3, 2012
Alex Ferguson - Wayne Rooney bakal diturunkan menentang Newcastle United.
![]() |
Rooney menyaksikan perlawanan. |
Penyerang itu sebelumnya dilapor digugurkan daripada kesebelasan United yang tewas mengejut 3-2
kepada Blackburn di Old Trafford Sabtu lalu dan dikenakan denda seminggu gaji atas prestasi hambar ketika sessi latihan.
Federico Macheda dipinjamkan kepada Queens Park Rangers.
![]() |
Macheda dipinjamkan ke QPR. |
Beliau berharap dapat bermain dengan pasukan utama QPR di bawah kendalian pengurus Neil Warnock dengan kelab barat London itu berazam mahu kekal dalam Liga Perdana musim depan.
Macheda akan memakai jersi nombor 33 di Loftus Road dan memberitahu laman web rasmi QPR bahawa beliau berazam mahu beraksi cemerlang di sini.
Sunday, January 1, 2012
Phil Jones kecewa dengan kekalahan di tangan Blackburn.
![]() |
Pemain Blackburn meraikan gol ketiga. |
Bagaimanapun, pertahanan tengah itu menegaskan United akan bangkit daripada kekecewaan tersebut dengan mencari kemenangan di Newcastle Rabu ini. United terlepas peluang memintas Manchester City di persada liga dan Jones jelas kecewa dan tiada siapa perlu disalahkan selain pemain.
Subscribe to:
Posts (Atom)