Park Ji Sung sering kali dilabel media dan penyokong Manchester United sebagai pemain untuk perlawanan besar. Setelah mencatat penampilan ke 200 beliau bersama United pada pertemuan dengan dengan Chelsea Ahad lalu, kita imbas top 5 jaringan beliau dalam perlawanan besar.
5. Chelsea vs Manchester United 1-1, 21 Sep 2008, Liga Perdana, Stamford Bridge.
Gol penyamaan lewat permainan Salomon Kalou mengekalkan rekod tanpa kalah Chelsea di laman sendiri dan mendapat satu mata berharga menentang Manchester United.
Park Ji-Sung meletakkan United di depan selepas 18 minit selepas penjaga gol Petr Cech gagal menangkap kemas cubaan Dimitar Berbatov.
United kehilangan khidmat penjaga gol Edwin van der Sar disebabkan kecederaan pada separuh masa pertama dan ini diambil kesempatan oleh Chelsea menguasai perlawanan.
Joe Cole dan Nicolas Anelka mensia-siakan beberapa peluang sebelum pemain gantian Kalou menanduk masuk gol penyamaan 10 minit sebelum tamat perlawanan.