Perebutan takhta liga semakin menuju klimaks, perlawanan Manchester derby Isnin ini dianggap Sir Alex Ferguson sebagai yang terbesar dalam tempoh 25 tahun beliau bersama Manchester United.
Tuan rumah City perlu menang perlawanan ini untuk memintas kedudukan United berdasarkan kelebihan jaringan gol. Jika United menang maka mereka hanya perlu seri menentang Swansea di Old Trafford. Namun jika keputusan seri di Etihad Stadium pastinya lebih menarik dengan dua perlawanan musim masih tinggal.
Lawan City seterusnya selepas derby ialah Newcastle United yang pastinya tidak mahu memberi laluan mudah kepada pasukan Roberto Mancini apatah lagi mereka berkedudukan baik untuk mendapat tempat keempat sekaligus melayakkan mereka ke Champions League. Kita imbas top 5 perlawanan Manchester derby terpenting sepanjang sejarah liga.
Sunday, April 29, 2012
Friday, April 27, 2012
Alex Ferguson - Manchester United mahu menang.
Sir Alex Ferguson telah berjanji bahawa Manchester United akan memburu kemenangan pada perlawanan derby Isnin ini - walaupun menyedari keputusan seri juga memberikan pasukannya kelebihan dalam konteks perebutan juara liga.
Pengurus itu mahu para pemainnya membetulkan kesilapan selepas melepaskan kedudukan 4-2 ke atas Everton minggu lalu dan memberikan para penyokong Old Trafford keseronokkan. Dengan pengalaman yang dimiliki kesebelasan United, beliau yakin pasukannya mampu melangkah ke depan menuju gelaran liga ke 20.

Danny Welbeck bakal tandatangan perjanjian baru.
Danny Welbeck akan berunding dengan Manchester United mengenai perjanjian baru penghujung musim ini. Wakil Welbeck memberitahu United bahawa penyerang tersebut mahu menandatangani kontrak baru dan kekal di kelab.
Kedua pihak melewatkan perbincangan ke penghujung musim, dengan kejuaraan liga masih belum ditentukan menjelang Manchester derby Isnin ini di Manchester City.
Kedua pihak melewatkan perbincangan ke penghujung musim, dengan kejuaraan liga masih belum ditentukan menjelang Manchester derby Isnin ini di Manchester City.
Wednesday, April 25, 2012
Gosip - Alex Ferguson berminat dengan aksi Eden Hazard.
Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson berkata beliau berminat dengan pemain Lille Eden Hazard. Pemain antarabangsa Belgium yang berusia 21 tahun itu dikaitkan dengan beberapa kelab ternama Eropah termasuk Manchester City, Arsenal, Chelsea dan Tottenham, dan Ferguson menyaksikan Hazard ketika Lille menentang Lyon pada 10 Mac lalu.
Pengurus berbangsa Scotland itu memberitahu stesen radio Perancis RMC Sport: "Saya datang untuk menyaksikan Lille menentang Lyon dan mengikuti Hazard, bersama pemain-pemain lain.
Pengurus berbangsa Scotland itu memberitahu stesen radio Perancis RMC Sport: "Saya datang untuk menyaksikan Lille menentang Lyon dan mengikuti Hazard, bersama pemain-pemain lain.
Tuesday, April 24, 2012
Nani yakin Manchester United mampu pertahankan gelaran juara Liga Perdana.
Nani sentiasa yakin bahawa Manchester United mampu menjuarai gelaran Liga Perdana walaupun menerima tamparan hebat selepas hanya mampu seri 4-4 menentang Everton di Old Trafford Ahad lalu.
Pemain sayap itu merasakan pasukannya perlu bermain dengan lebih baik apabila berdepan dengan saingan gelaran Manchester City Isnin depan yang juga dilabel sebagai perlawanan penentu kejuaraan.
![]() |
Nani menjaringkan gol ketiga United. |

Sunday, April 22, 2012
Friday, April 20, 2012
David Gill - Manchester United bersedia untuk musim perpindahan yang 'menarik'.
![]() |
Deal or no deal? - Gill dan Ferguson. |
Bercakap kepada laman web rasmi Manutd.com, Gill yang sudah bersama United sejak 1997, menjelaskan bahawa urusan bagi sebarang potensi perpindahan sudah dimulakan dengan musim semakin menuju penghujungnya.
Gosip - Manchester United mahu dapatkan Oscar de Marcos.
![]() |
De Marcos ketika menentang United. |
Pemain 22 tahun yang bernilai anggaran £26 juta itu bermain dalam kesebelasan utama pasukan the Basque yang menyingkirkan United pada kejohanan Europa League dan dilaporkan aksi beliau beberapa kali ditinjau oleh pegawai bakat Sir Alex Ferguson.
Thursday, April 19, 2012
David de Gea - Sokongan para penyokong membantu prestasi saya.
David De Gea mengakui para penyokong United memainkan peranan penting dalam membantu menjadikan musim pertama beliau di United lebih mudah dan berjaya.
Walaupun menghadapi kesukaran pada permulaan selepas perpindahan musim panas dari Atletico Madrid, penjaga gol Sepanyol itu telah menjadi salah seorang pemain penting setakat ini, terutama dalam tahun 2012.
Dengan enam perlawanan tanpa bolos dalam tujuh perlawanan telah membantu United menerajui liga dan De Gea berkata beliau sangat berterima kasih atas sokongan daripada penyokong-penyokong United.

Manchester United kekalkan status kelab bolasepak terkaya dunia.
Manchester United berjaya mengekalkan status sebagai kelab bolasepak terkaya di dunia, dengan nilai melonjak dianggarkan 20 peratus mengikut majalah Forbes.
United dilaporkan sekarang bernilai $2.24 billion selepas merekodkan keuntungan berikutan pencapaian hingga layak beraksi dalam perlawanan akhir Champions League.
Wednesday, April 18, 2012
Rafael da Silva akui gandingan mantap dengan Antonio Valencia.
Pemain pertahanan Rafael percaya persahabatan luar padang dengan Antonio Valencia membantu kedua pemain menyinar sebagai gandingan di sayap kanan Manchester United.
Pasangan pemain berasal selatan Amerika itu beraksi cemerlang kebelakangan ini dan membentuk persefahaman yang mungkin mengatasi gandingan Gary Neville dan David Beckham. Valencia juga seringkali memikul tanggungjawab pertahanan bagi memberi peluang kepada Rafael melakukan serangan.
"Secara jujur, saya fikir semua orang nampak bahawa Antonio adalah salah seorang kawan rapat saya di kelab," Rafael memberitahu MUTV. "Bukan mengenepikan sesiapa namun kami telah mencipta persefahaman yang bagus di atas padang.

Fabio da Silva gembira dengan prospek menyertai Benfica.
Pemain pertahanan muda Manchester United Fabio da Silva berbangga apabila dikaitkan dengan perpindahan secara pinjaman ke gergasi Portugal Benfica musim depan.
Pengurus Sir Alex Ferguson baru-baru ini mendedahkan rancangan untuk meminjamkan pemain Brazil itu untuk memberikan peluang bermain dalam pasukan utama.
Pengurus Sir Alex Ferguson baru-baru ini mendedahkan rancangan untuk meminjamkan pemain Brazil itu untuk memberikan peluang bermain dalam pasukan utama.
Tuesday, April 17, 2012
Did you know? - Apa yang anda perlu tahu mengenai Liga Simpanan.
![]() |
Manchester United juara 2009/10. |
- Liga Simpanan adalah liga pemain-pemain simpanan untuk pasukan-pasukan dalam Liga Perdana. Ia dibahagikan kepada dua iaitu divisyen utara dan selatan.
- Ia dimulakan pada musim 1999/2000, menggantikan The Central League di utara dan The Football Combination di selatan.
- Pasukan dalam Liga Simpanan tidak tersingkir mengikut kedudukan liga ini, namun ia bergantung kepada kedudukan pasukan senior atau pasukan utama mereka dalam Liga Perdana. Tempat mereka yang tersingkir akan digantikan oleh pasukan baru dalam Liga Perdana.
Manchester United juara Liga Simpanan Utara.
Pasukan simpanan Manchester United muncul juara Liga Perdana Simpanan Utara dengan kemenangan 6-3 ke atas pasukan simpanan Newcastle United.
Mereka bangkit daripada ketinggalan 3-0, terima kasih kepada empat gol jaringan Will Keane sekaligus bakal bertemu juara Liga Selatan Aston Villa untuk merebut gelaran kebangsaan.
![]() |
Will Keane. |
Mereka bangkit daripada ketinggalan 3-0, terima kasih kepada empat gol jaringan Will Keane sekaligus bakal bertemu juara Liga Selatan Aston Villa untuk merebut gelaran kebangsaan.
Monday, April 16, 2012
Impian Danny Welbeck semakin hampir menjadi kenyataan.
![]() |
Danny Welbeck meraikan gol kedua United. |
United menang 4-0 ke atas Villa, dengan Welbeck menyumbat gol kedua sebelum tamat separuh masa. Pemain 21 tahun itu sangat gembira dapat menjaringkan gol apatah lagi selepas 14 penampilan tanpa gol.
Sunday, April 15, 2012
Friday, April 13, 2012
Paul Scholes untuk pasukan England.
Kepentingan Paul Scholes kepada pasukan Manchester United ditonjolkan selepas kekalahan 1-0 di Wigan, juga masih mampu beraksi buat England, demikian mengikut pandangan rakan sepasukan Phil Jones dan Chris Smalling.
Ia tiada kebetulan melihat Scholes di tempat duduk penonton ketika kekalahan pertama United dalam 13 perlawanan liga sejak pemain 37 tahun kembali daripada persaraan hujung musim lalu.
Scholes sekali lagi menjadi tonggak utama di bawah Sir Alex Ferguson, dalam 12 perlawanan liga yang beliau terlibat selepas kembali United berjaya mencatat 34 mata daripada 36.

Thursday, April 12, 2012
Top 5 - Kekalahan mengejut Manchester United dalam perlawanan liga di tempat lawan.
Kekalahan mengejut Manchester United kepada Wigan semalam membuka harapan baru kepada pencabar terdekat Manchester City dalam usaha mereka menafikan gelaran liga musim ini kekal di Old Trafford. Rekod seratus peratus kemenangan United dalam 14 perlawanan sebelum ini lebur di DW Stadium.
Pengurus Alex Ferguson mengakui tuan rumah Wigan berhak menang daripada aksi mantap yang dipamerkan. Pasukan beliau yang jauh berada di bawah kemampuan sebenar menurut beliau tidak berhak mendapat apa-apa daripada perlawanan. Kita imbas kekalahan mengejutkan United di gelanggang lawan dalam perlawanan liga.
5. Fulham vs Manchester United 2-0, 21 Mac 2009, Craven Cottage.
Paul Scholes dan Wayne Rooney dibuang padang, dan harapan gelaran liga Manchester United menerima tamparan hebat di Craven Cottage. Scholes dilayangkan kad merah selepas 18 minit apabila menampan tandukan Bobby Zamora dengan tangannya di garisan gol dan Danny Murphy menyempurnakan sepakan penalti.
Pengurus Alex Ferguson mengakui tuan rumah Wigan berhak menang daripada aksi mantap yang dipamerkan. Pasukan beliau yang jauh berada di bawah kemampuan sebenar menurut beliau tidak berhak mendapat apa-apa daripada perlawanan. Kita imbas kekalahan mengejutkan United di gelanggang lawan dalam perlawanan liga.
5. Fulham vs Manchester United 2-0, 21 Mac 2009, Craven Cottage.
Alex Ferguson - Wigan berhak menang.
![]() |
Nasib berbeza - Alex Ferguson dan Roberto Martinez. |
United yang beraksi di bawah kemampuan sebenar dan mengecewakan di DW Stadium, di mana gol tunggal separuh masa kedua Shaun Maloney cukup untuk mencatat kemenangan penting kepada pasukan yang bergelut dengan penyingkiran.
Tuesday, April 10, 2012
Mats Daehli - Pemain midfield masa depan Manchester United.
![]() |
Mats Daehli |
Pemain berbakat datang dan pergi dan seperti kata-kata keramat penyokong United: 'Tiada siapa yang lebih besar daripada Manchester United (Nobody is bigger than Manchester United).
Kematangan Rafael da Silva mula mendapat pujian.
Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson merasakan pemain bek kanan Rafael mula menunjukkan kematangan sebenar dalam permainannya.
Pemain Brazil itu cemerlang di Blackburn dan membantu merekodkan perlawanan tanpa bolos menentang QPR Ahad lalu. Beliau berjaya mengatasi kesilapan yang membolehkan Adel Taarabt membuat percubaan yang terkena tiang pada separuh masa kedua sebelum digantikan oleh Phil Jones.
Selepas belajar menyesuaikan diri dengan Liga Perdana menerusi pengalaman sejak tiba dari Fluminense sebagai remaja, pemain pertahanan itu berkembang menjadi pemain hebat.

Monday, April 9, 2012
Rio Ferdinand yakin pengalaman akan bantu Manchester United menang gelaran liga ke 20.
![]() |
Ferdinand bersama adiknya Anton. |
Pasukan Sir Alex Ferguson menewaskan QPR 2-0 dan berada lapan mata di depan seteru City, namun kemenangan tersebut diselubungi dengan kontroversi.
Selepas 15 minit perlawanan Shaun Derry menjatuhkan Ashley Young dalam kotak penalti Rangers dan hasilnya dilayangkan kad merah. Wayne Rooney kemudiannya menyempurnakan sepakan penalti.
Sunday, April 8, 2012
Did you know? - Dennis Bailey jaring hatrik dalam kemenangan tunggal QPR di Old Trafford.
![]() |
Dennis Bailey dikawal Paul Parker. |
Rekod liga pula telah mencatat 39 perlawanan setakat ini dengan United menang 23 perlawanan yang mana 15 daripadanya adalah di Old Trafford.
Apa yang menarik daripada enam kemenangan yang memihak kepada QPR hanya satu berlangsung di Old Trafford. Kita imbas kembali peristiwa lebih 20 tahun lalu.
Friday, April 6, 2012
Ryan Giggs jangka perlawanan sengit daripada anak buah Mark Hughes.
![]() |
Hughes bersama Ferguson. |
Queens Park Rangers adalah kelab keempat datang ke Old Trafford dibawah kendalian Hughes atau nama jolokan beliau Sparky, selepas bersama Blackburn Rovers, Manchester City dan Fulham. Maka, untuk berdepan dengan United mungkin pengalaman baru bagi beberapa pemain QPR, Giggs memberi amaran pengurus mereka memiliki cukup pengalaman untuk menyediakan ancaman kepada tuan rumah.
Gosip - Manchester United mahu dapatkan Lucas Rodrigues.
Agen kepada Lucas Rodrigues menegaskan sekali lagi bahawa Manchester United berminat untuk mendapatkan khidmat pemain midfield kelab Brazil Sao Paulo.
Pemain 19 tahun itu secara meluas diakui sebagai prospek terhangat bolasepak di Brazil, dan sudahpun membuat lebih 10 penampilan dalam pasukan senior.
United dan Bayern Munich dikaitkan musim panas tahun lepas, dengan agen Wagner Ribeiro mendakwa kedua kelab pernah berhubung. Beliau juga mendedahkan Inter Milan berminat pada Januari lalu.

Thursday, April 5, 2012
Blast from the Past - Chelsea beri 'Guard of Honour' kepada juara Manchester United.
![]() |
Guard of honour di Stamford Bridge 2007. |
Sebulan sebelum ini City lima mata di depan United dan perbezaan gol sebanyak 13. Situasi berikut menyebabkan semua pihak melabelkan pertemuan Manchester derby 30 April di Etihad sebagai perlawanan penentu kejuaraan.
Nemanja Vidic - Manchester United tidak hanya bergantung kepada seorang pemain.
Pertahanan dan kapten Manchester United Nemanja Vidic berkata beliau tidak pernah sangsi bahawa rakan sepasukan punyai segala yang diperlukan sepanjang ketiadaannya.
Pemain antarabangsa Serbia itu diusung keluar akibat kecederaan serius ketika kekalahan kepada Basel dalam perlawanan Champions League Disember lalu.
Pada masa itu, kebanyakkan penyokong dan pemerhati bolasepak mula menafikan peluang United untuk merangkul sebarang trofi musim ini, malah tersingkir ke kejohanan Europa League tanpa khidmat kapten mereka.
Walaubagaimanapun, prestasi pemain-pemain seperti Jonny Evans dan David de Gea memastikan pasukan Sir Alex Ferguson tidak merasai kehilangan tonggak dan kapten mereka di bahagian pertahanan.

Wednesday, April 4, 2012
Wayne Rooney idam kejuaraan liga di laman Manchester City.
Penyerang Manchester United Wayne Rooney impikan untuk bergelar juara Liga Perdana di laman seteru setempat Manchester City. United menjarakkan diri dengan pecabar mereka City dengan lima mata berikutan kemenangan 2-0 di Blackburn dengan hanya tujuh perlawanan berbaki.
Dan sekiranya kedua pasukan mendapat keputusan yang sama dalam empat perlawanan seterusnya, United boleh bergelar juara dalam perlawanan Manchester Derby di stadium Etihad 30 April ini.
Situasi tersebut pastinya senario paling tepat kepada United, yang hingga kini masih dihantui kekalahan memalukan 6-1 kepada City di Old Trafford Oktober tahun lalu.

Tuesday, April 3, 2012
Ashley Young - Kemenangan ke atas Blackburn sangat 'besar'.
Ashley Young menyatakan kegembiraan beliau ketika kemenangan Manchester United ke atas Blackburn Rovers dan menyaksikan United menjarakkan lima mata di puncak liga.
Pemain antarabangsa England itu menyifatkan betapa penting kemenangan tersebut selepas masuk sebagai gantian dan menjaringkan gol kedua perlawanan.
Perlawanan terikat dan hampir seimbang (walaupun penguasaan lebih kepada pasukan pelawat) selama 80 minit sehingga Antonio Valencia membuka jaringan, dan lima minit kemudian Young - masuk sebagai gantian - memastikan kemenangan.
![]() |
Young meraikan gol kedua United. |

Monday, April 2, 2012
Gosip - Manchester United bersedia membuat bidaan £15 juta untuk Kevin Strootman.
Manchester United dilaporkan bersedia membuat bidaan £15 juta untuk Kevin Strootman yang dilabel sebagai "the new Roy Keane."
Pemain midfield PSV Eindhoven berusia 22 tahun itu mendapat sambutan hangat daripada kelab dan negaranya. Beliau telah membuat 10 penampilan bersama Belanda dalam 11 perlawanan terakhir Oranje (terlepas kemenangan di Wembley akibat kecederaan).

David de Gea kini bermain dengan penuh keyakinan.
![]() |
De Gea dengan aksi meyakinkan. |
Pengurus Scotland itu percaya pemain berusia 21 tahun itu akhirnya berjaya menyesuaikan diri di England menjelang pertemuan dengan Blackburn di Ewood Park.
Pemain berharga £18 juta yang ditandatangani musim panas lalu dari Atletico Madrid pada awalnya bergelut untuk menyesuaikan diri di Old Trafford, namun dengan enam kemenangan liga berturut-turut (tiga tanpa bolos), Ferguson merasakan sekarang de Gea akhirnya berjaya menyesuaikan diri di kelab baru.
Blast from the Past - Rekod perlawanan liga Manchester United di Ewood Park.
Menjelang pertemuan Manchester United dan Blackburn Rovers di Ewood Park Isnin ini, kita imbas rekod United di tempat Rovers. United telah bermain sebanyak 48 kali dalam sejarah liga dan hanya menang 16 perlawanan, kalah 18 manakala 14 keputusan seri.
Dalam sejarah Liga Perdana, untuk 17 musim (musim 1999/00 dan 2000/01 Rovers bermain di Divisyen Satu), United hanya mencatatkan enam kemenangan dengan kali terakhir pada 04 Okt 2008. Dengan baki empat kekalahan dan tujuh seri termasuk dua musim sebelum ini, amat jelas tugasan sukar menanti United di Ewood Park.
Kita imbas kembali enam kemenangan United di Ewood Park sepanjang sejarah Liga Perdana
1. Musim 1994/95.
Blackburn 2-4 Manchester United, 23 Oktober 1994.

United mendapat kemenangan berharga ke atas saingan gelaran liga mereka selepas pertemuan sengit di Ewood Park. Blackburn mendahului 1-0 menerusi Paul Warhurst selepas 13 minit sebelum keputusan kontroversi sejurus sebelum tamat separuh masa menyaksikan Henning Berg dibuang padang selepas mengasari Lee Sharpe dalam kotak penalti. Eric Cantona menyempurnakan penalti.

Bermain dengan 10 pemain mereka bangkit pada awal masa kedua dengan tandukan Collin Hendry untuk kembali di depan. Ia walaubagaimanapun tidak bertahan lama sebelum Andrei Kanchelskis menjaringkan dua gol dan diikuti gol Mark Hughes melengkapkan keputusan jaringan.
Alex Ferguson - Phil Jones bakal kapten Manchester United satu hari nanti.
![]() |
Jones bersama Ferguson. |
"Beliau sudah pasti bakal menjadi kapten," kata Ferguson. "Tiada kesangsian mengenainya. Saya mengatakan ini sejurus beliau bersama kami dan saya rasa ada keistimewaan tersendiri pada beliau. Beliau beraksi dengan baik hingga mendapat kecederaan dan jangkitan selesema.
Subscribe to:
Posts (Atom)