5. Manchester United vs Blackburn Rovers 2-1, 25 Jan 2006, Separuh Akhir Piala Liga, Old Trafford.
![]() |
Van Nistelrooy gagal menyempurnakan penalti |
Manchester United menempah tiket perlawanan akhir Piala Liga untuk berdepan Wigan selepas mengatasi Blackburn. Ruud Van Nistelrooy meletakkan United di depan sebelum Steven Reid menyamakan kedudukan selepas kesalahan pertahanan tuan rumah.
Pemain Blackburn Zurab Khizanishvili dihukum apabila menggunakan tangan namun sepakan penalti Van Nistelrooy diselamatkan Brad Friedel. Pertengkaran antara pemain pada waktu rehat separuh masa mencemari perlawanan sebelum Louis Saha melakukan volley untuk gol kemenangan United.