Musim berikutnya, masa depan malahan sejarah Manchester United akan berubah buat selamanya apabila United bertemu dengan Kilmarnock dalam perlawanan persahabatan pada Oktober 1953. Sir Matt memutuskan untuk menyenaraikan enam daripada Busby Babes pada perlawanan itu dan kemenangan memihak kepada United 3-0.
 |
Busby Babes |
Selepas kemenangan itu Sir Matt mendapat idea untuk menurunkan kesemua barisan Busby Babes dalam perlawanan liga, pada ketika itu beliau hanya beberapa kali menurunkan satu atau dua pemain untuk perlawanan tertentu.
Dalam perlawanan Divisyen Satu berikutnya menentang Huddersfield Town pada 31 Oktober 1953, Sir Matt menambah pemain baru seperti Duncan Edwards, Jackie Blanchflower dan Dennis Viollet dalam pasukannya yang telah pun dibarisi pemain muda seperti Ray Wood, Bill Foulkes, Roger Byrne dan Tommy Taylor. Namun United hanya mampu seri 0-0 pada perlawanan itu.